Friday, December 25, 2009

Between Masjid and temples

Dana masjid: Khairy tolak penjelasan Nga


KUALA LUMPUR, Dis 11 — Ketua Pemuda Umno pusat, Khairy Jamaluddin menolak penjelasan Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming berhubung kenyataannya sebelum ini yang membuat perbandingan peruntukan kerajaan untuk membina masjid dengan rumah ibadat lain seluruh negara.


Sehubungan itu jelas Khairy, penjelasan Nga semalam tidak boleh diterima memandangkan wakil rakyat berkenaan tidak menafikan apa yang disebut dalam kenyataan awal sebelum ini.
“Pokoknya di sini, apabila dibuat perbandingan antara peruntukan pembinaan masjid dengan rumah ibadat lain, ia sudah menjadi isu sensitiviti dan jelas membuktikan DAP berkali-kali tidak menunjukkan satu perasaan hormat kepada sensitiviti agama di Malaysia,” kata beliau dalam kenyataan yang disiarkan laman web Pemuda Umno hari ini.


Khairy berkata pergerakan itu tidak mempunyai halangan terhadap mana-mana pihak yang mahu memperjuangkan peruntukan untuk rumah ibadat agama lain kerana ia juga adalah tanggungajwab kerajaan.


“Ini bukan kali pertama tetapi berulang kali dibuat oleh DAP.
“Kita merasakan majoriti umat Islam terutamanya amat tersinggung dengan perbandingan yang dibuat oleh Nga Kor Ming itu.


“Malah beliau tidak menghormati Perlembagaan persekutuan serta mengetepikan sensitiviti kaum dan agama serta pemimpin yang buta sejarah serta mungkin tidak ada apa-apa perasaan penghormatan kepada orang lain,” tambah Khairy.


PAS hari ini menyokong kenyataan Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming sambil menyifatkan ia membuktikan kegagalan kerajaan pusat dalam pengagihan dana dan bantuan secara berkesan kepada pelbagai agama di negara ini.


Semalam, Pemuda PAS memberitahu pihaknya mahu mengadakan pertemuan dengan Nga berhubung isu berkenaan.


Semalam Nga menegaskan kenyataannya berhubung isu peruntukan kerajaan dalam membina rumah ibadat Islam dan bukan Islam telah diputar belit dan dijadikan bahan menghasut sentimen perkauman oleh sesetengah media.


Jelas Nga, dalam kenyataan kelmarin beliau hanya merujuk kepada jawapan Menteri di Jabatan Prdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop bahawa kerajaan memperuntukkan RM748.26 juta membina dan menyelenggara 611 buah masjid tetapi satu jumlah kecil iaitu RM9 juta diagihkan untuk tujuan agama bukan Islam, 1.2 peratus sahaja.


Justeru beliau memohon supaya agihan lebih adil disalurkan kepada rakyat beragama bukan Islam kerana prinsip pertama Rukun Negara adalah Kepercayaan Kepada Tuhan.
Nga yang membaca kenyataannya pada sidang akhbar di lobi Parlimen turut menegaskan bahawa agama Islam adalah agama suci yang mengajar semua pihak berlaku adil.


“Saya berasa kesal bahawa laporan Utusan Malaysia dengan tajuk Kor Ming persoalkan kerajaan bina masjid adalah salah dan berunsur hasutan. Tajuk tersebut adalah dipapar oleh editor akhbar berkenaan tanpa pengetahuan saya,” katanya.

Bookmark
Email This
Comments (5)
Show/Hide comments
...written by vesuanathan suppiah, December 11, 2009
kenyataan MP taiping harus dilihat dalam konteks keadilan yang dituntut oleh agama rasmi negara kita Islam. Peruntukan ini adalah perbuatan manusia bukan agama ; peruntukan manusia boleh di ubah dan bukan prinsip agama - ia itu berlaku adil kepada semua insan . Maka semua Wakil Rakyat di Parlimen harus meniliti hujah MP Taiping dengan rasional .

+5

No comments: